Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Friday, 15 July 2011

Ujian Keimanan atau Ujian Kesengsaraan..??

UJIAN KEIMANAN ATAU UJIAN KESENGSARAAN?

Assalamualaikum…. Kini muslim digest ingin berkongsi sdikit cerita utk tatapan mata dn sapaan minda kita yng kbanyakanya diisi dgn hiburan smata-mata


kisahY bermula begini… 

“adeq, skolah kat mna..?”
“saya ke kak, blajar di matrik Labuan skrg nih.”
Akim menjawab prtnyaan kak abid tnpa menolehkan matanya dari melihat kreta di depan untuk focus dlam pemanduanY.. 
“ni adeq fadhil yang bongsu ka nih.”
Sahabat kak abid, kak liya pula mengajukan soalan kedua mereka..
“ya, kakak suma nih satu U dengan abg saya ka..?”
“ni kwan satu fakulti dea, akak dngar adeq tdi dri hospital, sakit apa?”
suara cemas kedengaran dengan riak muka yang berkerut menantikan jawapan..  
“skit buah pinggang (nephrotic syndrome) kak.. start kna skit nih dri 2008 lagi”
“mcam mna bleh kena tuh, msti slalu review dktor pakar kan.”
“ya, tdi bru lepas rview dktor pkar la tuh.”
“jadi sepanjang 2008 smpai skrg msti selalu review dengan pakar kan.. ”
“ya, banyak kali dah dtg KK nih.. pulang balik dri Labuan pi KK, mcm dekat jak KK tuh sdah..”
“perjalanan dari labuan ke kk amik masa brapa lama..?”
Kak abid pula cuba mencela untuk bertnya soalan kepada akim
“lebih kurang dlam 4 jam lbih juga law amik feri pastu amik shuttle bus pi kk”
“xda kreta api bwah laut ka dri Labuan tuh..”
Senyum sinis dari kak abid dgan lawakY
“insyaallah ada kak, niat jak.”
Akim juga trut berjenaka dngan mengiakan shaja apa yang dperkatakan..
“kakak main2 jakla, msti tabahkan hati dn kuatkan semangat arh.. skit buah pinggang tuh antara penyakit yang kronik juga sbb byk bnda berhubung kait dgn buah pinggang tuh.. jdi kena jaga bgus2 buah pinggang tuh..”
“ya, masi thap permulaan jga nih.. doctor pnya suggestion treatment dengan ubat jak untuk pulihkan semula buah pinggang nih”
“sabar ya deq.. insyaallah suma tuh ada hikmahY.. mungkin saja itu adalah kafarah dosa bagi adeq.. Cuba tengok dalam Quran Terjemahan akak nih, surah At-Tagabun 64:11 “

Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, niscaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (At-Tagabun 64:11)

“insyaallah.. trima kasih kak atas nasihatY..”


“akim pena juga terbaca dlam surah An-Nisa’ 4:40 , 

Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarrah), niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisi-Nya (An-Nisa’ 4:40)

Dan di dalam surah lain diceritakan...

Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. (Az-Zilzal 99:7-8)

“Insyaallah, hujah-hujah di atas akan akim pegang sebagai penguat semangat untuk tidak pernah berputus asa mencari Redha Allah dan Rasul-Nya.. 
kita dah smpai pun di bangunan pentadbiran persekutuan, lepas nih akak tanya jak security tuh di mana pejabat Jakim bahagian.. Lepas tuh tnya pula di mana dewan Auditorium”

“Ok.. Terima kasih sebab hantar kakak2 suma nih..”
“Xpa.. Mudah-mudahan program Ekspedisi Da’wah Sabah di bawah kelolaan fakulti akak di USIM nih bermanfaat tuk suma..”







“Assalamualaikum ..”
“Waalaikumsalam warahmatullah…”

Aku bermonolog sendirian di dalam hati “Ya Allah, aq sungguh beruntung dapat mengikat silaturrahim diantara hambamu ini dengan mereka.. Harap pertemuan kali ini tidak sia-sia di sisi-Mu…”
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

KESAKITAN ADALAH KETETAPAN

Bgitula dialog yg lbih kurg mksdnya tpi dah diubah skit, yang tidak terpesong  dri mkna sbnar dialog asal…
Org slalu kata, malang tdak berbau.. tpi law dah terkena musibah seperti  ada skit kencing manis, lepas tuh ada luka yang tidak dirawat mesti luka tuh berbau nanah kan…  jd masih relevan ka lagi kata2 tuh.. masing2 fikirkan k.. hehe.. tpi apa ingin ana tekankan di sini adalah, adakah setiap ujian yang datang itu dapat menguji  tahapan keimanan kita atau sekadar menguji tahapan kesengsaraan kita dan bagaimana kita menilai ujian-ujian sebegini..?

Stiap bnda yg terjadi adalah aturan dri Allah.. kerana Allah adalah sbaik2 pngatur khidupan. Berbalik kpada dialog tdi, slah satu bnda yg tlah mnjadi aturan Allah adlah ujian dari segi kesihatan…  kerna sejak roh ditiup kedlam rahim si ibu, bayi d dalm kandungnn si ibu tlah ditetapkan 4 perkara spnjag hdupnya iaitu rezeki, ajal maut, baik bruk khidupan dan jodoh…

Dari Abu 'Abdirrahman Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anh, dia berkata : bahwa Rasulullah telah bersabda, "Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nutfah, kemudian menjadi 'Alaqoh (segumpal darah) selama itu juga lalu menjadi Mudhghoh (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuslah Malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya lalu diperintahkan untuk menuliskan 4 kata : Rizki, Ajal, Amal dan Celaka/bahagianya. maka demi Alloh yang tiada Tuhan selainnya, ada seseorang diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli surga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan surga kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Alloh lalu ia melakukan perbuatan ahli neraka dan ia masuk neraka. Ada diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Alloh lalu ia melakukan perbuatan ahli surga dan ia masuk surga.
[Bukhari no. 3208, Muslim no. 2643]
 
                Sebagai seorg mnusia yg tinggi darjatY di sisi Allah kita kena melihat kesakitan itu sbagai satu ujian keimanan dan bukannya sebagai ujian kesengsaraan  untuk kita lbih alert akan perintah Allah kepada kita dan bersyukur dengan apa yang menimpa kita.. 

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.” (QS Ibrahim, 14:7) 

 Kerna tanda Allah mnyayangi hmbaY adlah dgn mmberikn ujian dlm khidupan kita,dn ujian dari Allah itu mmpunyai thapan-tahapan yang trsendiri sesuai dengan kemampuan kita..

Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, niscaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS At-Tagabun, 64:11)

NAFSU PENGGERAK UTAMA

Tak ramai diantara kita yg dapt melihat sesuatu bnda tuh kearah yg positif, terkadg nafsu mnguasai diri kita..Sebagai analogiY kita bleh umpamakan nfsu nih sbgai processor dalm kmputer..






                Processor ini trdiri dripada cip kecil yg dperbuat drpada kepingan plastik dan logam yg tlah diprogram.. Ianya berfngsi sbagai otak di dalm kmptuter yang mngawal sgala arahan ataupun data di  dlam computer.. Jika otak tlah diimplankan cip persis processor nafsu sdemikian,  maka sgla tgkah laku akan mgikut arahan nfsu, dan menjdi parah lg apabila ianya kekal didalam otak kita sebagai mana ada sklangn kita yg mnjdikan nafsu sbgai tuhan mereka.

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas pnglihatannya.? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran.? (QS Al-Jasiyah, 45:23)

Ingtlah, bahana nfsu ini dpat kita cegah bila mana kita mempunyai perisai luaran dan dalaman yang mantap yang mana perisai luaran itu adalah al-quran dan as-sunnah serta perisai dalaman itu adalah ketaqwaan pada Allah.. Ianya bergantung pada kita bagaimana kita menilai ujian sebegini stelah menerima ujian sedemikian dan beruntunglah jiwa yang tetap mensyukuri Allah s.w.t. walau apa jua ujian menimpa, sebagaimana Anas r.a meriwayatkan sebuah hadis secara marfu’ bermaksud: “ Sesungguhnya besarnya pahala bergantung kepada besarnya cubaan. Jika Allah mencintai suatu kaum maka Dia akan mengujinya dengan cubaan. Sesiapa yang reda atas cubaan tersebut maka dia mendapat keredhaan Allah dan sesiapa yang berkeluh-kesah (marah) maka ia akan mendapat murka Allah.”
Maka bersyukur kita sentiasa dengan setiap detik masa kita lalui…

Saturday, 9 July 2011

Salam Ziarah Dari Bumi Eropah


Assalamualaikum w.b.t....

Pertama sekali dan selama-lamanya bersyukur kita ke hadrat allah s.w.t. kerna diberikan peluang untuk ana menukilkan karya atau coretan pada kali ini.. Selawat serta salam buat uswatun hasanah bagi kita Rasul junjungan yang tidak lain dan tidak asing bagi kita sebagai seorang muslim, Rasullullah s.a.w... yang juga role model bagi kita untuk wajib kita ikuti dan sanjungi dan bukannya para artis atau orang-orang ternama yang menjadi kebanggaan kita...

Sebelum itu, ana ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan salam jumaat kepada semua yang membaca blog ini kerna tatkala blog ini di post seluruh umat islam di bumi labuan ini sibuk menyiapkan diri untuk bergegas ke masjid bagi menunaikan solat sunat jumaat...

Apa yang ingin ana kongsikan disini adalah berkaitan dengan program ceramah isra' mikraj yang telah dijalankan di Surau Al-Irfan Kolej Matrikulasi Labuan pada 7 Julai 2011/6 Sya'ban 1432.. Yang menarik perhatian ana dan mungkin juga para visitor blog ini adalah jemputan khas penceramah yang datang ke surau al-irfan untuk menjayakan program ceramah isra' mikraj kali ini.

Dengan kerjasama Petronas Methanol Labuan dan Kolej Matrikulasi Labuan, program ceramah kali ini merupakan program yang ana rasakan yang paling besar meskipun sambutan kali ini hanya sekadar slot ceramah. Penceramah yang didatangkan khas kali ini yang menjadi tumpuan para warga KML dan orang luar sekitar kml.. penceramah yang berasal daripada Kepulauan Caribbean, Trinidad.. Beliau di lahirkan pada tahun 1942.. Juga merupakan Imam di Masjid Dar al-Qur'an in Long Island, New York.. Beliau adalah Sheikh Imran Nazar Hosein
                                                        



Isi yang disampaikan dalam ceramah beliau sangat berkesan walaupun dalam English tetapi begitu seronok mendengar ceramah sedemikian, apatah lagi beliau banyak memberi hubung kait dengan ilmu fizik dalam memperkuatkan lagi hujah beliau... Beliau memberikan ceramah tentang “The Miracle of Isra’ Mikraj”

Peristiwa isra’ mikraj merupakan peristiwa yang paling bermakna di dalam islam.. Ini kerana peristiwa ini banyak menguji logik akal kaum musyrikin makkah ketika itu yang tidak percaya dengan peristiwa Rasullulah s.a.w pergi ke dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa dan di angkat naik untuk bertemu Allah S.W.T.. Begitulah logik akal manusia diuji dan kini ianya dapat diterima dengan penjelasan dalam Al-Quran dan disokong oleh teori sains fizik yang juga dihuraikan dalam Al-Quran.. Boleh dikatakan peristiwa Isra’ Mikraj ini menguji iman dan akal kita..
 
 Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1)


Pada kesempatan itu juga, pihak Petronas Methanol Labuan yang juga merupakan pihak penganjur membuka gerai jualan buku karya Sheikh Imran N. Hosein di luar surau.. Sempat juga untuk ana membeli sebuah buku “JuruSalem in Al-Quran” dalam versi bahasa melayu yang menceritakan hala tuju Jurusalem di dalam Al-Quran dan diselitkan juga cerita responden berkaitan dengan tragedi 11 September.. Diharap dengan kehadiran penceramah luar seperti Sheikh Imran N. Hosein ini dapat membuka minda kita tentang kepentingan mengkaji Al-Quran yang mengandungi ilmu yang masih tidak dapat disangkal oleh logik akal manusia apatah lagi dengan teori sains barat..


(Akhirnya siap juga artikel nih, penulisan selama dua hari ini diharap dapat memberikan sedikit ilmu yang bermanfaat kepada kita umumnya dan kepada diri ini khususnya.. Mohon maaf jika ada tersalah bahasa, atau terslah fakta mohon komen dan sarana daripada pembaca.. Sabtu,09 Julai 2011,07:46 AM)

Saturday, 2 July 2011

Salam Ukhwafillah

Salam ukhwahfillah...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang... Akhirnya dengan izin-Nya, dapat juga diri ini menghasilkan satu medium sebagai sarana untuk menimba ilmu pengetahuan dan memperbaiki diri yang masih lagi lemah.. Diharap dengan terhasilnya blog ini, diri ini sedar akan tanggungjawab yang perlu digalas sebagai seorang hamba Allah dan diharapkan dengan wujudnya medium ini ianya menjadi asbab yang membawa kepada kebaikan dan bukannya menjadi asbab kepada keburukan.. Insyaallah..

Sememangnya, Muslim'sDigest ini tercipta atas satu niat yang kuat di dalam hati bagi meluaskan lagi pemahaman tentang erti hidup sebagai seorang muslim yang seaqidah dengan muslim yang lain, berpegang teguh pada kalimah shahadah.. Cetusan minda yang bakal diluahkan dalam Muslim'sDigest ini berasaskan dari kurniaan akal fikiran yang diberikan oleh Allah S.W.T. jadi mungkin terdapat kekurangan dari segi ilmu dan perkongsian.. Semoga medium ini dapat mengeratkan lagi ukhwah diantara Muslim'sDigest dengan saudara-saudara yang seagama dengan kita. Amin.. 

"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." [Al-Hujurat:10]


Jika kita ta'ruf daripada nama yang diberikan iaitu Muslim'sDigest, nampak islamikkan tetapi muslim'sdigest itu sangat luas lagi maksudnya.. Ianya tidak terhad kepada perkongsian tentang Muslim itu sendiri tetapi cetusan minda dan liku hidup seorang muslim disebalik tabir penulisan ini.. InsyaAllah, di masa akan datang Muslim'sDigest akan memperbaiki lagi penulisan agar dapat diterima oleh semua pihak.. Mohon doa daripada pembaca agar penulisan ini tidak terhenti setakat ini sahaja.. Salam ukhwahfillah dari penggerak Muslim'sDigest..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melahirkan Generasi Rabbani Professional

FULL TIME MUSLIM

There's no such thing as a part-time muslim