Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Saturday, 9 July 2011

Salam Ziarah Dari Bumi Eropah


Assalamualaikum w.b.t....

Pertama sekali dan selama-lamanya bersyukur kita ke hadrat allah s.w.t. kerna diberikan peluang untuk ana menukilkan karya atau coretan pada kali ini.. Selawat serta salam buat uswatun hasanah bagi kita Rasul junjungan yang tidak lain dan tidak asing bagi kita sebagai seorang muslim, Rasullullah s.a.w... yang juga role model bagi kita untuk wajib kita ikuti dan sanjungi dan bukannya para artis atau orang-orang ternama yang menjadi kebanggaan kita...

Sebelum itu, ana ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan salam jumaat kepada semua yang membaca blog ini kerna tatkala blog ini di post seluruh umat islam di bumi labuan ini sibuk menyiapkan diri untuk bergegas ke masjid bagi menunaikan solat sunat jumaat...

Apa yang ingin ana kongsikan disini adalah berkaitan dengan program ceramah isra' mikraj yang telah dijalankan di Surau Al-Irfan Kolej Matrikulasi Labuan pada 7 Julai 2011/6 Sya'ban 1432.. Yang menarik perhatian ana dan mungkin juga para visitor blog ini adalah jemputan khas penceramah yang datang ke surau al-irfan untuk menjayakan program ceramah isra' mikraj kali ini.

Dengan kerjasama Petronas Methanol Labuan dan Kolej Matrikulasi Labuan, program ceramah kali ini merupakan program yang ana rasakan yang paling besar meskipun sambutan kali ini hanya sekadar slot ceramah. Penceramah yang didatangkan khas kali ini yang menjadi tumpuan para warga KML dan orang luar sekitar kml.. penceramah yang berasal daripada Kepulauan Caribbean, Trinidad.. Beliau di lahirkan pada tahun 1942.. Juga merupakan Imam di Masjid Dar al-Qur'an in Long Island, New York.. Beliau adalah Sheikh Imran Nazar Hosein
                                                        



Isi yang disampaikan dalam ceramah beliau sangat berkesan walaupun dalam English tetapi begitu seronok mendengar ceramah sedemikian, apatah lagi beliau banyak memberi hubung kait dengan ilmu fizik dalam memperkuatkan lagi hujah beliau... Beliau memberikan ceramah tentang “The Miracle of Isra’ Mikraj”

Peristiwa isra’ mikraj merupakan peristiwa yang paling bermakna di dalam islam.. Ini kerana peristiwa ini banyak menguji logik akal kaum musyrikin makkah ketika itu yang tidak percaya dengan peristiwa Rasullulah s.a.w pergi ke dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa dan di angkat naik untuk bertemu Allah S.W.T.. Begitulah logik akal manusia diuji dan kini ianya dapat diterima dengan penjelasan dalam Al-Quran dan disokong oleh teori sains fizik yang juga dihuraikan dalam Al-Quran.. Boleh dikatakan peristiwa Isra’ Mikraj ini menguji iman dan akal kita..
 
 Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1)


Pada kesempatan itu juga, pihak Petronas Methanol Labuan yang juga merupakan pihak penganjur membuka gerai jualan buku karya Sheikh Imran N. Hosein di luar surau.. Sempat juga untuk ana membeli sebuah buku “JuruSalem in Al-Quran” dalam versi bahasa melayu yang menceritakan hala tuju Jurusalem di dalam Al-Quran dan diselitkan juga cerita responden berkaitan dengan tragedi 11 September.. Diharap dengan kehadiran penceramah luar seperti Sheikh Imran N. Hosein ini dapat membuka minda kita tentang kepentingan mengkaji Al-Quran yang mengandungi ilmu yang masih tidak dapat disangkal oleh logik akal manusia apatah lagi dengan teori sains barat..


(Akhirnya siap juga artikel nih, penulisan selama dua hari ini diharap dapat memberikan sedikit ilmu yang bermanfaat kepada kita umumnya dan kepada diri ini khususnya.. Mohon maaf jika ada tersalah bahasa, atau terslah fakta mohon komen dan sarana daripada pembaca.. Sabtu,09 Julai 2011,07:46 AM)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melahirkan Generasi Rabbani Professional

FULL TIME MUSLIM

There's no such thing as a part-time muslim