Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Saturday, 2 July 2011

Salam Ukhwafillah

Salam ukhwahfillah...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang... Akhirnya dengan izin-Nya, dapat juga diri ini menghasilkan satu medium sebagai sarana untuk menimba ilmu pengetahuan dan memperbaiki diri yang masih lagi lemah.. Diharap dengan terhasilnya blog ini, diri ini sedar akan tanggungjawab yang perlu digalas sebagai seorang hamba Allah dan diharapkan dengan wujudnya medium ini ianya menjadi asbab yang membawa kepada kebaikan dan bukannya menjadi asbab kepada keburukan.. Insyaallah..

Sememangnya, Muslim'sDigest ini tercipta atas satu niat yang kuat di dalam hati bagi meluaskan lagi pemahaman tentang erti hidup sebagai seorang muslim yang seaqidah dengan muslim yang lain, berpegang teguh pada kalimah shahadah.. Cetusan minda yang bakal diluahkan dalam Muslim'sDigest ini berasaskan dari kurniaan akal fikiran yang diberikan oleh Allah S.W.T. jadi mungkin terdapat kekurangan dari segi ilmu dan perkongsian.. Semoga medium ini dapat mengeratkan lagi ukhwah diantara Muslim'sDigest dengan saudara-saudara yang seagama dengan kita. Amin.. 

"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." [Al-Hujurat:10]


Jika kita ta'ruf daripada nama yang diberikan iaitu Muslim'sDigest, nampak islamikkan tetapi muslim'sdigest itu sangat luas lagi maksudnya.. Ianya tidak terhad kepada perkongsian tentang Muslim itu sendiri tetapi cetusan minda dan liku hidup seorang muslim disebalik tabir penulisan ini.. InsyaAllah, di masa akan datang Muslim'sDigest akan memperbaiki lagi penulisan agar dapat diterima oleh semua pihak.. Mohon doa daripada pembaca agar penulisan ini tidak terhenti setakat ini sahaja.. Salam ukhwahfillah dari penggerak Muslim'sDigest..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melahirkan Generasi Rabbani Professional

FULL TIME MUSLIM

There's no such thing as a part-time muslim