Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Friday, 2 March 2012

3 Permintaan

Salam kembali..


Coretan kali ini akan mengupas serba sedikit bahan daripada majalah sinergi edisi 7..


SINERGI..??


Pasti ketika dan saat anda membaca penulisan ini akan tercari-cari majalah sinergi edisi 7 yang baru dibelinya, mungkin juga terus bergegas meminjam daripada kawan-kawan yang telah memiliki majalah ini.. Atau pun ada juga yang tertanya2..


"apa yang best sgt dalam sinergi tuh..."
"apa kaitannya pula isu kali ini dengan majalah tuh.."
"owh inikah majalah sinergi yang selalu diperkatakan tuh..."


#penulis cuma mengandaikan soalan yg bakal menerja fikiran pembaca ketika ini.. :)


apa pun yang terlintas di fikiran anda, sememangnya isu kali ini ada kaitan dengan majalah tersebut.. Jadi nak tahu apakah perkaitannya.. Jom baca lagi kat bawah.. hehe


3 PERMINTAAN


Dah dapatkan majalah sinergi ka.? dah hbis baca semua isu yang terdapat di dalam tuh.. ? klu jawapannya YA tahniah kerana anda dah menghabiskn bacaan dalam majalah tuh dan kalau TIDAK cuba habiskannya.. hehe




Berbalik kepada isi utama penulisan ini, isu kali ini berkisar dari tajuk 3 permintaan dalam rubrik kembara fikrah hasil karya Akh Mohd Syafiq..


Mengapa penulis memilih isu ini..? Sebabnya wkatu kejadian peristiwa itu berlaku penulis turut berada di situasi yang sama, tetapi mendapat soalan yang berbeza.. Ketika penulis membaca artikel 3 permintaan itu teringat kembali kenangan sewaktu daurah itu berlangsung.. Kalau penulis yang menerima soalan itu tentu sahaja keindahan duniawi akan terpancar di depan mata..Memikirkan 3 permintaan yang akan termakbul, sehinggakan minda kita menjadi kreatif memikirkan apa yang terbaik untuk diletakkan sebagai 3 permintaan itu..


Justeru itu, penulis ingin berkongsi serba sedikit bahawa kita sendiri akan sentiasa berada dalam situasi ini iaitu memilih sesuatu keputusan.. Dan kebarangkalian dalam memilih yang terbaik itu biasanya hanya dengan dua pilihan sahaja, positif atau negatif...


Pilihan positif atau negatif.??




Sebagai contoh kita menginginkan tubuh badan yang sihat dan selalu bertenaga.. Justeru itu, apa yang diperlukan oleh tubuh badan kita..? Jawapannya adalah makanan yang sihat dan dapat memberikan tenaga kepada kita.. Berdepan dengan situasi itu, kita akan membuat pilihan sama ada nak makan atau tidak, ianya pilihan yang mudah bagi kita..


Dan hasilnya jika kita memilih untuk makan maka kita akan mendapat kebaikan daripada makanan itu dan sebaliknya jika mengabaikan untuk tidak makan maka kita akan mendapat keburukan kerana tidak dapat mmbekalkan apa-apa kepada tubuh badan kita dan memudharatkan kesihatan..


Maka secara tidak langsung kita berdepan dengan pilihan seusai bangun dari tidur hingga melelapkan mata di malam hari, dari kecil hingga besar, dan sepanjang waktu kita akan berdepan dengan membuat pilihan..


Pilihan Menentukan Hala Hidup


Setiap dari kita hendaklah bijak dalam membuat sebarang pilihan.. Kerna, natijah daripada pilihan itu kadang kala akan menentukan hala hidup kita lebih-lebih lagi pilihan yang berkaitan dengan masa depan kita.. Jangan sampai kita rasa menyesal dengan pilihan yang kita lakukan .. Oleh itu, sentiasa mensucikan jiwa dan hati agar kita mudah membuat pilihan terbaik.. Alternatif lain juga yang disarankan adalah dengan menunaikan solat sunat istikharah.. Insyaallah pilihan yang terlintas pada ketika kita melakukan solat sunat itu adalah terbaik bagi kita..


Apa Permintaan Mu..?


Oleh itu, sekiranya anda mendapat soalan yang sama ....


"Jika anda diberi tiga permintaan, apakah yang anda mahu..?"


Kita dah tahu apakah tiga permintaan yang terbaik buat diri kita... pastinya permintaan kita itu adalah hasil daripada proses pemilihan yang rapi dan teliti seperti proses terjadinya gas asli daripada minyak mentah. Minyak yang digali daripada perut bumi pada dasarnya berwarna hitam dan kotor.. Tetapi tahukah kita bahawa minyak itu tersangat berharga dan akan melalui proses pengolahan minyak.. Minyak ini akan di bakar mengikut suhu yang berbeza-beza untuk menghasilkan produk yang berbeza yang memiliki manfaat yang berbeza. Andai saja proses ini tidak dijalankan dengan sempurna maka kerugian besar akan berlaku. 


Begitu juga dengan pilihan hidup kita.. Jadi, ayuh kita pacu roda kehidupan kita dengan membuat pilihan yang sewajarnya untuk keberkatan di dunia dan akhirat kelak..






HIDUP ADALAH SOAL YANG  BERKAITAN DENGAN PILIHAN
KITA TIDAK AKAN DAPAT MEMILIKI SEMUA PERKARA DALAM SATU MASA
WALAUPUN SEMUA ITU HAL YANG BAIK BAGI KITA

PILIHLAH... APAPUN YANG KITA LAKUKAN
PASTI ADA YANG PERLU KITA LEPASKAN
KERANA
HIDUP ADALAH SOAL YANG BERKAITAN DENGAN PILIHAN

Wednesday, 15 February 2012

Al-Quran dan Kita






Kekurangan kita ialah banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. 
Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya.
Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahui tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya.
Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsianya tetapi tidak mempercayainya.
Kelemahan kita yang lebih tinggi ialah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya.....

Tuesday, 31 January 2012

Khabar Si Pemuda yang Alpa


Insyaallah, kemunculan semula penulisan ini tercetus tatkala diri merasa perlunya berbuat sesuatu untuk meningkatkan kembali keimanan di dalam diri penulis umumnya bahkan kepada hati-hati yang tertaut pada ukhwah islamiah amnya.

Tidak banyak yang ingin dikongsikan bersama ketika ini, hanya sekadar memberikan salam ziarah kembali penulis setelah lama sunyi sepi tanpa khabar. Alhamdulillah dengan izin Allah jua, dapat jua penulis memanfaatkan masa yang diberikan oleh Allah untuk berkongsi khabar kepada semua yang mengikuti penulisan di dalam blog ini.. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya,dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung."Surah Al-Ma'idah ayat35

Semoga dengan adanya medium sebegini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai wasilah untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah...Doakan agar penulisan ini akan berkembang dan hidup semula..  Salam 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melahirkan Generasi Rabbani Professional

FULL TIME MUSLIM

There's no such thing as a part-time muslim